Pengantin Perempuan Pasrah Suami Ada Geng ‘Kaki Pancing’

0
41
Foto: Kosmo

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang pengantin lelaki bergambar bersama sekumpulan rakannya yang merupakan kaki pancing pada majlis perkahwinan tersebut.

Laman berita Detik melaporkan, video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @mugiie.cld. Pengantin lelaki dilaporkan berasal dari Indragiri, wilayah Riau.

Beberapa rakan kepada pengantin lelaki dilihat bergambar bersama pasangan pengantin baharu itu dengan membawa peralatan memancing di pelamin.

Wajah pengantin lelaki ketika kejadian  dilihat ceria sedangkan raut muka pengantin perempuan bertukar muram.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mungkin terfikir salah pilih suami,” kata seorang netizen.

“Contohi  isteri yang menyokong hobi suami,” komen netizen lain.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here