Sunday, July 21, 2024
HomeSUKANPengadil Jerman Dengan Bellingham Bakal Bertemu Di Perlawanan Esok

Pengadil Jerman Dengan Bellingham Bakal Bertemu Di Perlawanan Esok

DORTMUND, Jerman: Pengadil Jerman, Felix Zwayer dipilih mengadili aksi separuh akhir Euro 2024 antara England menentang Belanda di Dortmund dan beliau adalah pegawai yang bertelagah dengan Jude Bellingham di stadium yang sama sebelum ini.

Pada 2021, ketika Bellingham beraksi bersama Borussia Dortmund, pemain tengah England itu dikenakan denda 40,000 euro (RM204,000) susulan komennya ke atas Zwayer selepas kekalahan 3-2 pasukannya di tangan Bayern Munich.

Dortmund merayu supaya penalti tidak diberikan sebelum pendahulu Bundesliga itu menjaringkan penalti untuk mengutip tiga mata menentang pencabar terdekat mereka.

Bercakap selepas perlawanan, Bellingham nyata berang dengan tindakan Zwayer ketika itu.

“Anda boleh lihat banyak keputusan dalam perlawanan ini.”

“Anda memilih seorang pengadil yang pernah terbabit dalam skandal mengatur perlawanan sebelum ini mengadili perlawanan terbesar di Jerman. Apa yang anda harapkan?” kata Bellingham pada waktu itu.

Komen Bellingham itu merujuk kepada satu tempoh yang mana Zwayer dipalit kontroversi dalam kerjayanya.

Pada tahun 2005, pengadil Robert Hoyzer dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan lima bulan kerana peranannya dalam skandal mengatur perlawanan yang menggegarkan bola sepak Jerman.

Walaupun Zwayer adalah salah seorang yang melaporkan mengenai perkara itu, beliau juga dikenakan hukuman.

Zwayer digantung enam bulan oleh Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) kerana menerima 300 euro (RM1,529) daripada Hoyzer sebagai persetujuan untuk membuat keputusan yang salah semasa perlawanan ketika beliau menjadi pembantu pengadil.

Beliau berehat seketika selepas komen Bellingham tetapi sejak itu sudah mengadili perlawanan akhir Liga Negara-Negara 2023 dan pada kempen Euro kali ini beliau mengadili tiga perlawanan sebelum aksi separuh akhir.

Sementara itu, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) enggan mengulas ketika dihubungi Reuters berhubung pelantikan Zwayer bagi aksi pada awal pagi Khamis ini. – REUTERS

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bukan Kali Pertama Budak Dilarikan Di Taman Ikan Emas

0
Kuala Selangor: Kemunculan sebuah Perodua Bezza berwarna hitam yang 'melarikan' kanak-kanak di sekitar Taman Ikan Emas, di sini, menimbulkan kebimbangan komuniti di kawasan itu. Terbaru,...

CATEGORIES