Penerjun Udara Putus Kepala Angkara Juruterbang Cuai!

0
825
Foto: Harian Metro

Paris: Kecuaian juruterbang Perancis membawa padah apabila dilarang untuk memandu pesawat selepas mengakibatkan kepala seorang penerjun udara terpotong kerana terkena sayap pesawat.

Portal BBC melaporkan, mangsa, Nicolas Galy, 40, terbabit nahas itu beberapa saat selepas terjun dari sebuah pesawat pada Julai 2018.

Juruterbang yang tidak dinamakan itu didapati bersalah pada Selasa lalu, atas pembunuhan tanpa niat.

Berikutan itu, juruterbang berkenaan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Montauban.

Persatuan Sekolah Skydiving Midi-Pyrénées, yang juga majikan kepada juruterbang itu didenda 20,000 euro (kira-kira RM102,222) atas kesalahan berkenaan.

Menurut akhbar Le Parisien, selepas mangsa membuat terjunan, juruterbang pesawat itu mula terbang rendah ke arah landasan.

Sebelum penerjun udara itu melompat keluar dari pesawat, tiada perbincangan mengenai trajektori yang akan dilalui pesawat.

Memetik fakta perbicaraan pada 19 September lalu, peguam bela mangsa, Emmanuelle Franck, kesal apabila mendapati banyak kelalaian atau kecuaian.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here