Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAPenempatan Warga Asing Di KL Akan Diserbu Lagi

Penempatan Warga Asing Di KL Akan Diserbu Lagi

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur memberi jaminan akan melakukan satu operasi susulan di kawasan ‘hot spot’ warga asing terutama mereka yang melakukan pelbagai kesalahan imigresen di ibu kota.

Operasi yang mirip seperti serbuan ke atas Jalan Silang pada 21 Disember lalu itu akan dilakukan oleh Bukit Aman membabitkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata tumpuan operasi ini pastinya terhadap lokasi-lokasi tumpuan warga asing bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mereka yang melakukan kesalahan.

“Kita (Polis KL) sememangnya mengetahui bahawa kewujudan warga asing di Kuala Lumpur ini begitu ramai dan mereka ini terdiri daripada yang memiliki dokumen perjalanan sah atau tidak memiliki sebarang dokumen serta menyalahgunakan dokumen perjalanan.

“Namun berdasarkan pemantauan dijalankan kebanyakan mereka yang bekerja ini sebahagian besar memiliki dokumen pengenalan diri dan itu sebabnya mereka berani bekerja dan berada di tempat awam,” katanya pada sidang akhbar Walkabout Ketua Polis Kuala Lumpur di Jalan Chow Kit, di sini, malam tadi.

Allaudeen berkata operasi berskala besar akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memastikan bandar raya Kuala Lumpur, bebas dari sebarang elemen kesalahan yang membabitkan warga asing.

“Polis Kuala Lumpur pastinya akan memberikan bantuan sama ada dari segi maklumat di lapangan ataupun bantuan sumber manusia dalam operasi berkenaan.

“Apa yang penting adalah kita mahu memastikan persekitaran Kuala Lumpur sentiasa berada dalam keadaan aman dan terhindar dari sebarang anasir jenayah,” katanya.

Beliau berkata, selain pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan juga kebelakangan ini turut dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Katanya, Polis KL menerusi semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dalam pentadbiran Kontinjen Kuala Lumpur, sentiasa memantau sebarang lokasi tumpuan warga asing dari masa ke masa.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pak Lah Dirawat Di IJN, Kata KJ

0
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam setelah mengalami ‘small spontaneous pneumothorax’. Perkara itu dikongsi menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi instagramnya. Beliau...

CATEGORIES