Penduduk Seremban, Rembau Terjejas Akibat Banjir Kilat

0
76
Foto: Kosmo

SEREMBAN – 10 buah penempatan di negeri ini membabitkan dua daerah iaitu Seremban dan Rembau dilanda banjir kilat bermula lewat petang tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, LT Kol (PA) Shamil Ithman berkata, di daerah Seremban penempatan di empat buah Dewan Undangan Negeri (DUN) terjejas iaitu di Seremban, Ampangan, Nilai dan Sikamat.

Menurutnya, sehingga pukul 8 malam tadi, kawasan yang terlibat banjir ialah Kampung Ismail, Semarak, Blok C dan B Ampangan, Jiboi, Taman Happy, Kampung Batu 3, Kampung Kuala Sawah dan Angsamas Batu 5.

“Dalam kejadian ini, kita menerima kira-kira pukul 7.05 petang dari penghulu dan orang awam berkenaan banjir di beberapa lokasi di kawasan seremban.

“Oleh itu, sebanyak tiga pasukan dipecahkan untuk membuat tinjauan, penyelamatan serta pemantauan paras air di kawasan terjejas dalam keadaan cuaca yang masih hujan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Manakala di Rembau pula, Shamil berkata, sebuah kampung di DUN Kota iaitu Kampung Titian Bintangor terjejas disebabkan banjir kilat dan di kawasan tersebut keadaan hujan masih lagi lebat sehingga pukul 8 malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Seremban, Mohamad Najib Mustafa berkata, berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Linggi di Kampung Linsum mencatatkan trend menaik.

“Bacaan aras air semasa yang direkodkan ialah 11.38 meter iaitu di paras bahaya berbanding normal pada paras 7 meter dan masih terdapat trend menaik.

“Manakala, paras air Sungai Linggi di Dusun Nyior pula mencatatkan di paras amaran iaitu 44.53m, namun terdapat trend menurun. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here