Penduduk Miskin Tegar Ramai Di Kelantan, Kerajaan Rancang Tingkatkan Pembangunan

0
53
Foto: Utusan Malaysia

KOTA BHARU – Kelantan mencatatkan jumlah bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, sehingga 11 September lalu, seramai 67,772 orang KIR miskin direkodkan di Kelantan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 57,355 orang merupakan KIR miskin manakala 10,417 orang lagi dikategorikan sebagai KIR miskin tegar.

“Saya menyeru agar semua ketua jabatan dan agensi dapat sama-sama melihat perkara ini dengan serius selain perlu mendahulukan faktor kesejahteraan rakyat dalam setiap perancangan pembangunan projek.

“Ia seiring dengan hasrat penubuhan Kerajaan Madani iaitu Menokhtahkan Kemiskinan,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Kelantan di Hotel The Grand Renai di sini hari ini.

Mengulas lanjut Fadillah memberitahu, Kelantan merupakan sebuah negeri strategik yang mempunyai sempadan darat negara, hasil sumber asli baik di laut atau darat, rakyat kuat bekerja da pandai berniaga.

Katanya, bagaimanapun, berdasarkan pencapaian semasa, Kelantan menjadi antara negeri yang agak perlahan daripada segi pembangunan.

“Ia adalah cabaran yang besar bagi pemerintah negeri atau di peringkat Persekutuan untuk memastikan Kelantan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Perancangan pembangunan amat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here