Penduduk Gempar Temui Beras, Tepung Dibuang Begitu Sahaja

0
71
Foto: Berita Harian

TEMERLOH – Penemuan beras dan tepung di tempat pembuangan sampah dekat Rumpun Makmur, Kuala Krau di sini menggemparkan penduduk setempat.

Malah kejadian yang tular dalam media sosial itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Terdapat segelintir netizen yang turut mengaitkannya dengan isu kekurangan beras tempatan selain kemungkinan beras untuk bantuan yang disimpan terlalu lama.

Setakat ini masih tiada kepastian punca beras dan barangan makanan berkenaan dibuang di tempat berkenaan.

Seorang netizen Syed Fauzi Al Idrus yang terkejut dengan kejadian itu meminta pihak berkuasa terbabit melakukan siasatan.

“Dahsyatnya, mengapa jadi begini, minta siasat,”katanya.

Seorang lagi netizen dikenali sebagai Shamsul Iskandar mendakwa, kejadian membuang barang makanan bukan kali pertama berlaku di kawasan itu.

Katanya, kejadian sebelum ini tidak ditularkan menyebabkan ia tidak menjadi isu seperti kali ini.

“Ini kali ketiga paling kurang orang kampung koi nampak, sebelum ini lagi berlambak, bukan kali pertama berlaku dah banyak kali, baru ni nak viral,”ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, apa pun alasan yang diberikan perkara itu tidak harus berlaku.

Ujarnya kenyataan rasmi akan dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said dalam merungkai isu tersebut.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here