Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAPemuda Lemas Ketika Mandi Di Port Dickson

Pemuda Lemas Ketika Mandi Di Port Dickson

PORT DICKSON – Keseronokan seorang pemuda beriadah Bersama rakan-rakannya berakhir tragedi apabila dia ditemui lemas ketika mandi di Pantai Batu 2 di sini hari ini.

Mayat M.R Vishhvaruben, 20, ditemui dalam jarak 250 meter dari pantai oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mengesan mangsa sebaik menerima laporan pada pukul 6.31 petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, mayat mangsa ditemui pada pukul 12.50 tengah malam.

“Mayat mangsa dibawa naik ke darat pada pukul 1 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki Pakistan, Wasif Shehzad, 23, ditemui lemas oleh pasukan penyelamat di perairan Pantai Batu 5, di sini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES