MELAKA – Seorang pemuda dan rakannya masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan memiliki air ketum.
Berdasarkan laporan Kosmo, Majistret Khairunnisak Hasni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Ruzaini Mohamad Don, 31, dan Anuar Ismail, 44, selepas mereka membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh memiliki bahan dadah mitragynine seberat 500 mililiter pada pukul 11.30 malam di pondok hadapan sebuah rumah di Bukit Duyong di sini pada 5 September lalu.
Terdahulu, Peguam A. H Mohamad Zulkiffly Abdul Hamid merayu supaya anak guamnya didenda dengan alasan dia menanggung keluarga, manakala Muhammad Ruzaini akan bertolak ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, esok.
Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar bagaimanapun memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar bagi setiap tertuduh. Kedua-dua tertuduh kemudian membayar denda tersebut.
Sumber: Kosmo
I don’t know whether it’s just me or if perhaps everyone else experiencing issues withyour blog It appears like some of the text within your posts arerunning off the screen Can someone else pleaseprovide feedback and let me know if this is happening to them too?This may be a issue with my web browser because I’ve had this happen beforeMany thanks