SEJAK kebelakangan ini, ternampak ulasan penyanyi Misha Omar mengenai ketaksuban peminat rakan seperjuangannya, Aina Abdul berkenaan gelaran ‘penyanyi nombor satu negara’.
Pelantun lagu Bunga Bunga Cinta itu dikatakan menegur kelompok peminat supaya jangan berbalah atau mempersoalkan mengenai kedudukan artis kegemaran mereka.
Akuinya yang terbabit dalam arena seni suara sejak tahun 2002 itu, pertikaian sedemikian hakikatnya boleh mencetuskan perasaan kurang senang artis itu sendiri.P
Pendapat Misha sebab industri muzik tempatan kita sangat kecil dan pusing-pusing tetap jumpa orang yang sama.
Selebriti ‘cool’ sahaja bekerja cari rezeki dan berkongsi bakat. Jangan nanti kerana nafsu serta fikiran jumud peminat, melingkup pula artis pujaan.
Tidak ke itu namanya menganiaya artis yang mereka sayang? Janganlah melebih-lebih.
Sumber: Kosmo