Peminat Nasihat BCL Ubah Cara Pemakaian Selepas Pulang Umrah

0
43
Foto: Langit7.id

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari, 41, menjadi sebutan netizen apabila memuat naik gambar dia menunaikan umrah bersama keluarga.

Bagaimanapun, hantaran dikongsi Bunga atau lebih mesra dikenali sebagai BCL itu menerima pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang menasihatinya untuk mengubah cara pemakaian selepas ini.

Menerusi hantaran sama di Instagram, ramai juga yang mendoakan supaya cara berpakaian BCL selepas menunaikan umrah lebih tertutup serta sopan dan menasihati warganet yang lain untuk sentiasa mendoakan kebaikan BCL sekeluarga.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini juga berkongsi video dia berpeluang menyentuh Kaabah, selain gambar bersama keluarga di Makkah.

Terdahulu, satu rakaman di TikTok memaparkan BCL dan suaminya, Tiko Aryawardhana, 44, di majlis ‘after-party’ seperti kelab malam selepas majlis perkahwinan mereka.

Video yang tular itu mendapat banyak kecaman daripada warganet dan meraih lebih 400,000 tontonan.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here