SPACERUBIX, 8 Mac 2024 – Acara kemuncak Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah membariskan persembahan mantap daripada 15 finalis yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pop, Rock dan HipHop malam tadi.
Lunar yang membawakan lagu berjudul “Pembunuh Malam”, sebuah lagu ciptaan Hazeeq Hilman dan Muhd Haziq dalam kategori Pop telah tampil sebagai Juara Lagu Terbaik Anugerah Lagu Indie 2023.
Lunar juga sekaligus berjaya merangkul hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM20,000, iaitu RM5,000 daripada Anugerah Pop Terbaik dan RM15,000 daripada Anugerah Lagu Terbaik.
Selain daripada Anugerah Lagu Terbaik, anugerah lain yang dipersembahkan adalah persembahan terbaik, dan juga anugerah bagi ketiga-tiga kategori.
Dalam Top 5 kategori Pop, “Pembunuh Malam” telah menewaskan empat lagu lain iaitu “Pura”, “Stargazing”, “Luka” dan “Derana” serta merangkul gelaran Anugerah Pop Terbaik.
Dalam Top 5 kategori Rock pula, “Souled Out” tampil sebagai Juara Anugerah Rock Terbaik menewaskan “Jiwa (Takhta Milik Kita)”, “In The Haze”, “Inti Sari” dan “Terra Luna”.
Manakala dalam Top 5 kategori HipHop, “LXF” merangkul Juara Anugerah HipHop Terbaik menewaskan “Ice Cold Castle”, “Candy Mind”, “Gard O Gard” dan “Mimpi Untuk Semalam”.
“Tahniah saya ucapkan kepada semua finalis yang telah memberikan persembahan terbaik mereka di Pentas Akhir sebentar tadi.
Kesemua 15 persembahan yang dipertontonkan telah berjaya membuktikan bahawa penggiat muzik indie juga lebih daripada mampu untuk menghasilkan lagu yang berkualiti.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyokong dan menjayakan Anugerah Lagu Indie musim keempat ini, terutamanya seluruh tenaga produksi #ALI2023, Kementerian Belia dan Sukan menerusi Rakan Muda (Rakan Muzik), Rakita 107.9, Honda Motorcycle Malaysia, 1901 Hot Dog dan rakan-rakan media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie iaitu Music Addicts, Relevan, Media Variasi, Selebriti Online, Medialah!, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo,” tambah beliau lagi.
Selain daripada persembahan finalis, penonton juga telah disajikan dengan ppersembahan penutup oleh Bunkface dengan lagu mereka “Silly Lilly”, “Situasi” dan “Malam Ini Kita Punya”.
Anugerah Lagu Indie musim kali ini juga membariskan juri-juri professional yang terdiri daripada AG Coco, Wing Meng, Juwita Suwito, Roshan Jamrock, Edwin Raj, Ariana Adnan, dan Diandra Arjunaidi.
Untuk maklumat penuh mengenai keputusan Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie, sila layari laman media sosial @anugerahindie atau tonton di Youtube Anugerah Lagu Indie.
Sumber: ALI2023//Medialah!
[…] Artikel : https://medialahmy.com/pembunuh-malam-bolot-rm20000-muncul-juara-lagu-terbaik-ali2023/ […]