Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANPembantu Rumah Inul Tidur Beralaskan Cadar Davinci

Pembantu Rumah Inul Tidur Beralaskan Cadar Davinci

DIKENALI sebagai individu yang gemar membantu keluarga susah, penyanyi dangdut Inul Daratista sememangnya seorang penyanyi yang baik hati.

Sikap menghargai insan sekeliling turut ditunjukkan menerusi layanannya kepada orang terdekat terutama pembantu rumah.

Menurut ibu seorang anak itu dalam perkongsian sebuah video, setiap bilik dalam rumahnya dilengkapi barangan pereka termasuk kamar pembantu rumah.

“Kamar di kediaman ini ada tujuh. Apa yang ada di setiap bilik adalah sama. Assistant (pembantu) saya juga dapat barangan serupa, Davinci semua,” katanya.

Bahkan Inul juga tetap turun ke dapur untuk memasak selain memanggil semua pembantu untuk menikmati air tangannya.

“Hobi saya selain menyanyi adalah masak. Kalau ke dapur tiada makanan, saya akan masak dan panggil semua makan,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES