Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAPemandu Lori Maut, Dua Anak Parah Nahas Tiga Kenderaan Berat

Pemandu Lori Maut, Dua Anak Parah Nahas Tiga Kenderaan Berat

REMBAU – Seorang pemandu lori muatan kelapa maut, manakala dua anak lelakinya cedera parah selepas terbabit dalam nahas tiga kenderaan berat di kilometer 230.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.14 pagi itu, mangsa, Zaidi Md Hashim, 51, beralamat di Damansara Utama, Petaling Jaya, di Selangor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, dua anak iaitu Adlyn Putra Zaidi, 16, dan Azreen Putra Zaidi, 14, pula mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Rembau bagi rawatan lanjut.

“Kemalangan membabitkan tiga buah lori iaitu lori jenis Hino membawa muatan makanan kek, lori jenis Daihatsu membawa muatan kelapa seberat tiga tan dan lori jenis Nissan muatan polisterin seberat 10 tan.

“Berdasarkan siasatan, ketiga-tiga lori dari arah Ayer keroh menghala ke Senawang, apabila sampai di tempat kejadian lori muatan kek bergerak perlahan di lorong kiri akibat kesesakan lalu lintas di hadapan.

“Tiba-tiba lori muatan kelapa yang datang dari arah belakang telah melanggar bahagian belakang lori muatan kek, selang beberapa minit kemudian, lori muatan polisterin yang berada di belakang tidak sempat mengelak dan terus melanggar bahagian belakang lori itu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Shaik lagi, perlanggaran tersebut menyebabkan lori muatan kelapa tersepit di tengah-tengah dan maut telah dihantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat pukul 11 pagi.

Menurutnya, pemandu, kelindan serta penumpang lain dalam dua buah lori yang terbabit nahas bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Difahamkan, trafik bergerak perlahan susulan kemalangan maut membabitkan lima buah kenderaan di kilometer 232.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini, awal pagi tadi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES