Pemandu Grab Pulangkan Telefon Pelanggan, Terharu Terima Tips RM265

0
57

BANGKOK  –  Kejujuran seorang pemandu Grab mengembalikan sebuah telefon bimbit milik  penumpangnya menyaksikan dia menerima sejumlah wang tunai sebagai penghargaan, lapor portal berita Thaiger semalam.

Selepas memulangkan telefon bimbit milik pelanggan warga China yang ditinggalkan di dalam keretanya, pemandu itu  terkejut apabila menerima wang tunai berjumlah 2,000 baht (RM265.24).

Ganjaran yang diberikan yang jauh melebihi jangkaannya, lapor portal berita Sanook.

“Saya memandu dari Khlong Sam untuk memulangkan telefon bimbit kepada pelanggan China di Sukhumvit Soi 2. Tidak pernah terfikir bahawa saya akan mendapat ganjaran 2,000 baht,” tulisnya di Kelab Pemandu Grab Thailand, laman Facebook.

Perkongsiannya segera menerima maklum balas netizen di laman sosial tersebut.

Ramai ahli kelab itu memuji pemandu berkenaan kerana berbuat baik.  – AGENSI

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here