Pemandu Cedera, Trak Tentera Terlanggar Belakang Lori Pasir

0
84
Foto: Kosmo

HULU SELANGOR – Seorang anggota tentera dilaporkan mengalami kecederaan ringan setelah terbabit nahas dengan sebuah lori pasir di susur keluar Plaza Tol Bukit Beruntung, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, anggota yang tercedera merupakan pemandu trak tentera berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 10.15 pagi.

Siasatan awal mendapati lori pasir itu dari Tol Tanjung Malim menghala Bukit Beruntung untuk menghantar pasir.

“Apabila tiba di tol berkenaan, belakang lori terbabit dilanggar trak tentera ketika membayar tol.

“Trak tentera dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Besi ke Kem Tentera Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, trak tentera dipercayai mengalami masalah dengan brek.

“Pemandu trak tentera yang berusia 24 tahun dibawa ke Hospital Selayang dan disahkan mengalami cedera ringan.

“Bagaimanapun, pemandu lori, 48, tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here