Pemandu Almera Rentung, Kereta Terbakar Selepas Langgar Pokok

0
134
Foto: Malaysia Gazette

JOHOR BAHRU, 24 Oktober- Seorang pemandu rentung selepas kereta jenis Nissan Almera yang dipandunya terbakar dipercayai akibat terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan di kawasan perindustrian Jalan Pekeliling, Pasir Gudang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad menerusi satu kenyataan malam tadi memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.13 pagi.

‚ÄúSusulan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan utiliti Hilux dengan kekuatan 10 anggota digegaskan ke lokasi kejadian. 

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api padam sepenuhnya dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan Rescue Tool,” katanya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 11.51 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here