Pemain Selangor Mulakan Solidariti Demi Faisal Halim

0
211

Kuala Lumpur: “Mari kita berhenti membuat komen yang benci. Kita tidak pernah tahu bagaimana perkataan kita akan mempengaruhi kehidupan seseorang.”

Itu antara reaksi dari rakan-rakan sepasukan Faisal Halim di Selangor FC yang terus bersolidariti dan memberi sokongan secara moral melalui perkongsian kata-kata semangat di Instagram milik mereka.

Antara pemain yang dilihat berkongsi sedemikian adalah penjaga gol muda Red Giants, Azim Al-Amin, Aliff Haiqal, Fazly Mazlan, Sharul Nazeem termasuk pemain import mereka, Alvin Fortes dan beberapa pemain lain.

Menurut mereka, bola sepak adalah tempat untuk orang bersukan dengan selamat tanpa mengira latar belakang seseorang itu.

Malah, mereka juga menyeru agar orang ramai lebih berhati-hati dalam melontarkan pendapat atau komen kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada seseorang itu.

“Bola sepak sepatutnya menjadi platform untuk individu berkumpul bermain dan bersaing dalam persekitaran yang selamat dan inklusif, bersatu oleh cinta mereka terhadap permainan tanpa mengira perbezaan mereka.

“Mari kita berhenti membuat komen yang benci. Kita tidak pernah tahu bagaimana perkataan kita akan mempengaruhi kehidupan seseorang,” kata-kata yang dikongsi oleh pemain skuad utama Selangor FC.

Selain itu, ada juga di antara mereka yang terus mendoakan Faisal agar kembali sihat dari segala apa yang berlaku ketika ini.

” Semoga TUHAN bersama kamu dan kembali dengan kuat untuk terus bekerja bersama (dalam pasukan Selangor FC), saudara,” kata Yohandry Orozco.

“Ya Allah, semoga Faisal Halim diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan, Amin,” kata Danial Asri.

“Semoga TUHAN bersama kamu dan saya harap kamu kembali lebih kuat, saudaraku. Kami semua bersama kamu,” kata Noor Al-Rawabdeh.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here