Pelajar UITM Jengka Maut Dalam Kemalangan Dengan Sebuah Kereta

0
62

MARAN – Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di simpang depan Balora Mustika Bandar Jengka di sini pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber, kemalangan itu melibatkan motosikal Yamaha R250 dan kereta Nissan Sylphy.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam di mana mangsa, Ahmad Imran Aiman Md Mubin, 23 tahun, yang tinggal di Felda Lepar Utara 1, sedang menunggang motosikal dari UiTM Jengka menuju ke bandar Jengka.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta telah keluar simpang di sebelah kanan secara melulu lalu dilanggar oleh motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus.

Beliau menyatakan bahawa akibat kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu wanita berusia 64 tahun dan anak perempuannya yang berusia 24 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Jengka,” katanya dalam kenyataan pada hari Isnin.

Beliau menambah bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here