Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAPelajar 16 Tahun Pandu Kereta Tiada Lesen Punca Lima Maut Kemalangan

Pelajar 16 Tahun Pandu Kereta Tiada Lesen Punca Lima Maut Kemalangan

KUCHING – Pemandu kereta iaitu pelajar berusia 16 tahun yang mengakibatkan lima orang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru, semalam didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Justeru, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata remaja itu akan ditahan sebaik sahaja dia keluar dari hospital.

“Pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan di leher akan ditahan setelah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Terdahulu, Mohd Farhan berkata kejadian yang dilaporkan pada pukul 12.50 tengahari itu berpunca daripada kereta yang dipandu pelajar terbabit.

Menjelas lanjut, beliau berkata siasatan awal mendapati kereta terbabit yang datang dari arah Jalan Lapangan Terbang menuju ke Jalan Setia Raja telah hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke arah jalan bersebelahan dan merempuh dua buah kereta serta dua buah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, empat mangsa (tiga lelaki dan seorang perempuan) berumur dalam lingkungan 16 hingga 45 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi remaja lelaki berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah HUS.

“Tiga mangsa yang mengalami kecederaan masih menerima rawatan di unit kecemasan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES