Pekerja Awam Di Kuwait Hanya Kerja 4 Jam Sehari Menjelang Ramadan

0
67

BANDAR RAYA KUWAIT – Kakitangan sektor awam di Kuwait diminta bekerja hanya empat jam sehari beserta tempoh penangguhan sepanjang bulan Ramadan kali ini, lapor laman berita Gulf News.

Di bawah peraturan tersebut, pekerja wanita diberikan tempoh penangguhan selama 15 minit untuk dua kali sehari, iaitu ketika permulaan dan pengakhiran waktu bekerja.

Ini bermaksud pekerja wanita boleh tiba ke pejabat 15 minit melepasi waktu bekerja bermula dan pulang awal iaitu 15 minit sebelum waktu tamat.

Dalam masa sama, pekerja lelaki boleh tiba ke pejabat lewat 15 minit, namun mereka perlu pulang 15 minit lebih lewat dari tempoh akhir bekerja.

Langkah tersebut bertujuan bagi memberikan fleksibiliti kepada pekerja sepanjang bulan Ramadan.

Ia diumumkan selepas selesainya semakan penilaian prestasi pekerja bagi tahun 2023 oleh Sektor Hal Ehwal Kewangan dan Pentadbiran dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (CSC).

Penolong Setiausaha Hal Ehwal Kewangan dan Pentadbiran, Salah Khaled Al Saqabi berkata, pekerja yang layak akan menerima bonus prestasi kerja cemerlang sepanjang Ramadan. – AGENSI

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here