Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAPeguam Terkenal, Pendakwa Kes Najib Seleweng Dana SRC Menghembuskan Nafas Terakhir

Peguam Terkenal, Pendakwa Kes Najib Seleweng Dana SRC Menghembuskan Nafas Terakhir

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Peguam terkemuka negara, Datuk Sulaiman Abdullah meninggal dunia pada usia 77 tahun, semalam.

Anaknya, Huzir Sulaiman mengesahkan berita berkenaan berkata, bapanya yang pernah terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi, mengalami masalah kesihatan kebelakangan ini namun, pemikirannya tetap tajam dan masih suka berseloroh.

“Arwah masih terus mewakili pelanggan, di samping berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa dan panel penasihat. Semoga Allah menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Pengebumian akan berlangsung hari ini di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya, selepas solat zohor,” katanya.

Sebagai peguam, Sulaiman banyak terbabit dalam pelbagai kes besar, termasuk mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Allahyarham merupakan Presiden Majlis Peguam dari tahun 2000 hingga 2001.

Pada 2018, Sulaiman dilantik sebagai pendakwa utama dalam perbicaraan kes dana SRC International Sdn Bhd yang membabikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Allahyarham juga pernah mewakili isteri kepada bekas duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail dalam tuntutan berkaitan harta sepencarian atau pembahagian faraid di mahkamah syariah.

Pada 2009, Allahyarham mewakili Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang menuntut semula jawatan Menteri Besar Perak.

Malah, Sulaiman juga sering dilantik oleh pihak berkuasa agama Islam negeri dan Persekutuan dalam kes berprofil tinggi, antaranya mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam kes Lina Joy menukar agama Islam kepada Kristian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES