Tuesday, October 8, 2024
HomeBERITAPati Myanmar Ditahan Imigresen Sebelum Sempat Bawa Isteri Berjumpa Keluarga

Pati Myanmar Ditahan Imigresen Sebelum Sempat Bawa Isteri Berjumpa Keluarga

Kota Bharu: “Kami berdua ditahan bersama kelompok warga asing lain. Kali ini nasib tidak menyebelahi kami,” kata pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Myanmar yang ditahan bersama isteri menerusi Ops Kutip di sini, hari ini.

Pasangan berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan selepas tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

Lelaki Myanmar dikenali sebagai Soe, 28, berkata, dia dan isteri tiba di Kota Bharu jam 7 pagi tadi dengan menaiki bas dari Ipoh, Perak.

Katanya, dia sudah tiga tahun bekerja di Ipoh dan berniat membawa pulang isteri yang baru dikahwini untuk diperkenalkan kepada keluarganya di Myanmar.

“Sebaik tiba di stesen bas di pusat bandar ini pagi tadi, kami sarapan dulu sebelum menunggu teksi untuk ke Rantau Panjang dan berhasrat memasuki Myanmar melalui Thailand,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pasangan itu dicekup dalam Ops Kutip dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri bersama Jabatan Pendaftaran Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Dalam operasi itu, seramai 238 warga asing ditahan di sekitar pusat bandar terutama lokasi Jalan Dato’ Pati yang dikatakan menjadi tumpuan.

Kesemua yang ditahan adalah warga Pakistan, India, Thailand, Nepal, Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.

Antara yang ditahan adalah warga Bangladesh berusia 42 tahun yang juga suami kepada seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai penjual sayur di Pasar Pohon Pinang, di sini.

Wanita terbabit yang ingin dikenali sebagai Nor, 32, berkata, suami datang ke negara ini menggunakan visa pelancong.

“Pertengahan bulan ini dia akan kembali ke Bangladesh untuk mendaftar perkahwinan kami di sana tapi mungkin terpaksa menunda perjalanannya disebabkan penahanan ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gangguan Bekalan Air: Beberapa Kawasan Di Ibu Kota Terjejas

0
Kuala Lumpur: Sebahagian kawasan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 6 pagi tadi dan dijangka pulih sepenuhnya pada 1 tengah hari...

CATEGORIES