Pasangan Warga Emas Akui Suka Cipta Memori Bersama

0
48

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri warga emas mengakui mereka sering menghabiskan masa keluar berdua menikmati keindahan di seluruh negara bagi mencipta memori bersama.

Berkongsia cerita, Wan Zainun Wan Saupik berkata, dia dan suami sememangnya minat dalam dunia perniagaan dan sehingga usia mencecah 70-an mereka masih aktif bekerja mencari pendapatan sendiri.

“Kami berniaga dari muda sampai ke tua. Masa umur 60 kira-kira 10 tahun lalu suami sarankan saya untk berhenti ambil upah menjahit. Dia kata susah kalau terus menjahit sebab dia nak ajak saya jalan-jalan,” katanya menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook semalam.

Katanya, anak sulung mereka meminta untuk tinggal bersama di bandar dan akhirnya Wan Zainun dan suami membuat keputusan menjual rumah di kampung.

“Saya merasa senang dapat lihat cucu-cucu membesar depan mata serta dapat memberikan nasihat yang mereka perlukan. Kadang menghantar dan ambil cucu bila anak menantu ada urusan lain.

“Saya dan suami kadang-kadang bekerja jadi juruwang restoran anak. Saya lebih suka ada kerja dan dapat berhubung dengab ramai orang supaya minda saya aktif berfikir. Saya juga masih dengan hobi menanam bunga, ada peluang saya suka berenang,” katanya.

Tambah wanita itu, dia bersyukur kerana di usia tuanya masih mampu melakukan pelbagai perkara menarik bersama suami bagi mengisi masa lapang mereka.

“Sekarang saya dan suami banyak habiskan masa berjalan sana sini. Kami suka menyusuri bandar-bandar kecil dan besar di Semenanjung. Menginap satu dua malam di setiap tempat.

“Suami 72 tahun masih larat memandu dan saya duduk disebelah akan bantu sengab membaca ‘waze’ menghulur minuman dan makanan ringan masa memandu.

“Kami berbual dengan bermacam topik dan kadang topik yang boleh buat saya sentap. Tapi tak merajuk tak marah hanya diam sekejap,” kongsinya.

Dalam pada itu, kisah romantik Wan Zainun dan suami mendapat perhatian ramai selain memberi inspirasi kepada pasangan muda.

“Alhamdulillah, semoga puan dan suami diberikan kesihatan dan kekuatan untuk cipta lebih banyak memori bersama. Betul la orang kata, lagi berusia lagi romantik hidupnya,” kata Puteri Anis.

“Terima kasih puan, cerita yang sangat beri inspirasi kepada kami orang muda ini. Semoga kekal hingga syurga,” tulis Kartina di ruangan komen. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here