Tuesday, September 17, 2024
HomeLUAR NEGARAPasangan Pencinta Alam Beri 'Doorgift' Anak Pokok Kepada Tetamu Majlis Kahwin

Pasangan Pencinta Alam Beri ‘Doorgift’ Anak Pokok Kepada Tetamu Majlis Kahwin

JAKARTA  – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis perkahwinan menyediakan anak pokok sebagai cenderahati kepada tetamu, lapor program berita Liputan6 semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @iilmafitri. Majlis perkahwinan pasangan pengantin yang merupakan pencinta alam sekitar itu diadakan di Tegal, Jawa Tengah.

Menurut pemilik akaun, tetamu akan diberikan sekeping kad ketika tiba di majlis tersebut. Mereka perlu menukar kad tersebut dengan anak pokok sebelum pulang.

Anak-anak pokok yang disediakan sebagai cenderahati ditempatkan di halaman rumah berhampiran khemah majlis.

Seorang lelaki dilihat bertugas menjaga anak-anak pokok tersebut. Beliau akan menerangkan jenis-jenis tumbuhan dan membenarkan tetamu memilih anak pokok yang mereka inginkan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya lebih suka diberi pokok berbanding gelas yang tertera tulisan,” kata  seorang pengguna media sosial.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kembalikan Semula UPSR, Ukur Keupayaan Sebenar Murid – Asyraf Wajdi

0
PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju agar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikembalikan. Menurut beliau, sistem penilaian...

CATEGORIES