Paris: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berkata mereka cuba ‘ditenangkan’ oleh perancangan pengangkutan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas datuk bandar bandar itu berkata sistem itu tidak akan siap tepat pada masanya.
Anne Hidalgo mencetuskan kemarahan menteri-menteri sukan dan pengangkutan Perancis serta wakil politik lawan minggu lalu selepas berkata ketika infrastruktur sukan akan siap tapi “terdapat dua perkara yang kita tidak akan bersedia”, iaitu pengangkutan dan juga masalah gelandangan.
Dengan kurang daripada setahun sebelum temasya bermula, infrastruktur pengangkutan di Paris sudah berada di bawah tekanan yang besar, dengan penumpang dan pelancong kerap mengadu sistem pengangkutan yang lemah, kesesakan dan ketidakbersihan.
Tetapi Pengarah Eksekutif IOC, Christophe Dubi, memberitahu sidang akhbar di Paris ketika badan Olimpik itu mengadakan mesyuarat lembaga eksekutif, bahawa ia adalah perkara biasa yang timbul apabila menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.
“Kami menyemak rancangan pengangkutan dengan pakar kami dan semua pihak berkepentingan,” kata Dubi.
“Ia adalah operasi yang sangat kompleks dan jelas sekali kita semua bersetuju mengenainya. Paris dijangka menerima sejuta penonton setiap hari.
“Ini adalah peluang besar untuk mempamerkan betapa cantiknya bandar anda, tetapi pada masa yang sama, ia adalah satu cabaran besar apabila ia berkaitan dengan pengangkutan.”
“Kami masih mempunyai tujuh atau lapan bulan sebelum temasya itu. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan itu adalah perkara biasa.”
Sumber: Harian Metro