Pantau Prestasi MALBATT 850 Di Lubnan Melalui Sidang Video

1
179

KUALA LUMPUR, 1 November 2023 – Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), YB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan mengucapkan tahniah dan bangga dengan prestasi pasukan MALBATT 850-10 di Lubnan melalui pertemuan menerusi sesi sidang video.

Sidang video tersebut diadakan bersama-sama Komander Malbatt 850-10, Kolonel Mohd Rizman bin Hj Ramli bertujuan untuk mendengar taklimat dan gambaran tentang situasi semasa di Lubanan.

Sesi sidang video yang menghubungkan perkembangan pasukan di Lubnan.

Beliau yang berkesempatan juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang turut bersama pasukan MALBATT 850.

Beliau turut mengingatkan agar setiap anggota sentiasa bersiap sedia dan berwaspada semasa bertugas, disamping memastikan keselamatan pasukan berada di tahap yang terbaik.

Dalam masa yang sama, beliau menyarankan setiap tugasan perlu dilaksanakan mengikut segala perintah dan panduan yang digariskan oleh United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) dari semasa ke semasa.

Menteri Pertahanan mengambil maklum dan cakna mengenai situasi semasa di Lubnan.

Turut sama hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad bin Ab Rahman, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here