“Panaih Lit Lit” – Cuaca Panas Boleh Cecah 40 Darjah Celsius

0
124
Foto: Sinar Harian

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang haba di tiga daerah di Kelantan dan Pahang yang melibatkan Jeli, Gua Musang dan Maran.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca panas pada tahap dua itu dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di tiga daerah tersebut boleh mencecah 37 sehingga 40 darjah Celsius dan dijangka berlarutan sehingga Sabtu ini.

“ Sementara itu, cuaca panas dengan suhu di antara 35 hingga 37 darjah Celsius pula dikesan berlaku di Kelantan melibatkan Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, dan Gua Musang.

“ Dalam pada itu, cuaca panas dengan suhu sama juga berlaku di keseluruhan kawasan di negeri Pahang kecuali Kuantan, Rompin, dan Tanah Tinggi Cameron,” ujar MetMalaysia.

Selain itu, amaran tahap satu dengan suhu tidak melebihi 37 darjah Celsius itu juga berlaku di keseluruhan negeri Perlis, Kedah (Baling dan Padang Terap), Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Negeri Sembilan (Jelebu dan Tampin) dan Segamat, Johor.

Tambah MetMalaysia lagi, manakala cuaca panas dengan suhu sama juga berlaku daerah Tuaran dan Tenom di Sabah, serta Limbang dan Mukah di Sarawak, sehingga Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here