Saturday, February 15, 2025
HomeVIRALPalestin: Budak Tular Menggigil Ketakutan Masih Hidup, Sudah Kembali Bertemu Keluarga

Palestin: Budak Tular Menggigil Ketakutan Masih Hidup, Sudah Kembali Bertemu Keluarga

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki yang tular dan dikatakan terbunuh ketika berlindung di sebuah hospital di Gaza, masih hidup.

Malah, menerusi perkongsian di TikTok Siti Aishah Abdullah, dia yang kelihatan ceria kini dipercayai sudah kembali bertemu keluarganya.

“Hari ni 20 Oktober, Jumaat. Sesiapa yang tanya tentang saya, terima kasih dan sayang awak,” ujarnya.

Sebelum ini menerusi video terjemahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cinta Syria Malaysia, kanak-kanak itu mengadu dan menggigil ketakutan apabila rumahnya dibom ketika sedang tidur.

Tidak lama kemudian, kanak-kanak itu kembali tular apabila dikatakan sudah meninggal dunia ketika hospital itu diserang.

Difahamkan, yang dikatakan meninggal dunia itu adalah kanak-kanak lain.

Orang ramai rata-rata gembira dan menyatakan kesyukuran kerana kanak-kanak itu masih dalam keadaan selamat.

“Semalaman aku menangis tengok orang post video anak ni dah syahid ya Allah, sampai bengkak mata ni. Alhamdulillah sayang,” kata Biii.

“Syukur Alhamdulillah tapi rasa bersalah sebab terkongsi juga dari TikTok orang lain yang kata anak ni meninggal,” ucap Hajar81.

“Semoga sihat selalu sayang. Hari tu dah nangis bila ada yang kongsi kata dia dah syahid,” komen AiezaaRamzan.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Lantai Belian Padi RM1,500 Tambah Pendapatan Pesawah

0
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa...

CATEGORIES