Pakej Umrah In Saff Travel Tours Sdn Bhd Tawar Untuk B40

0
70

Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengendalian pakej umrah iaitu In saff Travel & Tours Sdn Bhd kini menawarkan pakej umrah pada harga serendah RM4970 kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Pakej istimewa ini juga terdapat edisi istimewa iaitu 9 hari 7 malam yang akan berlepas pada 2 dan 3 Mei ini dengan dua buah kapal terbang disewakan khas yang akan menerbangkan para jemaah umrah.

Menurut Pengarah Urusan syarikat Mohd. Fahmi, tawaran pakej ini bukanlah scammer seperti yang pernah tular sebelum ini sebaliknya harga sederhana ini bagi mempermudahkan urusan jemaah untuk menunaikan umrah di tanah suci.

“Bersesuaian dengan tagline syarikat iaitu Insafi Nurani Santuni Rohani telah membuatkan kami sentiasa meletakkan keutamaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan dalam masa yang sama menyatuni jemaah yang berkeinginan untuk menjadi tetamu Allah.

“Apatah lagi bagi mereka yang bekerja tidak mempu¬nyai cuti yang panjang, jadi kami telah memperkenalkan pakej terbaharu yang dapat memenuhi permin¬taan kumpulan tersebut selain mereka yang kurang berkemampuan.

“Sehubungan itu, kami tawarkan satu pakej umrah edisi istimewa dengan harga serendah RM4,970 seorang selama sembilan hari, tujuh malam yang mana empat hari jemaah akan berada di Mekah dan tiga hari di Madinah”. Jelasnya semasa sidang media yang berlangsung di Grand Barakha hotel baru-baru ini.

Pakej penginapan di Mekah ini hanyalah sejauh 1.5 kilometer namun terdapat kemudahan bas ulang alik sepanjang 24 jam di situ, manakala jarak kediaman di Madinah pula dalam sekitar 200 meter sahaja.

Bagaimanapun pekej ini tidak dilengkapi dengan makanan dan minuman serta begasi bagaimanapun tetap mengutamakan kemudahan lain seperti bantuan dan bim¬bingan daripada mutawif berpengalaman.

Selain itu, agensi ini turut menjalankan servis trip korporat bagi percutian islamik dalam dan luar negara dengan menawarkan servis pengendalian pakej umrah, pengurusan tiket domestik dan antarabangsa, pengurusan visa, pengurusan badal haji dan umrah dan penempatan hotel serta pengurusan korban, aqiqah dan dam.

Diasaskan oleh 4 orang lepasan pelajar ummul Quran universiti di Makkah al mukarramah antaranya, Ustaz Aswadi bin Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan bin Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi bin Mohd Nawi dan Ustaz Falaahuddin bin Ahmad Jasni. Mula beroperasi di Terengganu dan kini mempunyai 31 cawangan seluruh Malaysia dengan membawa tagline ‘Insafi Nurani Santuni Rohani’.

Agensi ini sentiasa meletakkan keutamaan dalam menyediakan servis terbaik dan menyantuni jemaah disamping berharap dapat membantu semua golongan yang berkeinginan untuk menjadi tetamu Allah SWT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here