Pakai Sarung Tangan ‘Save Gaza’, Jijoe Hampir Dibatalkan Penyertaan Di Eropah

0
84
Foto; Harian Metro

Kuala Lumpur: Hanya kerana memaparkan mesej Save Gaza pada sarung tangannya, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hampir dibatalkan penyertaan pada kejohanan besar di Eropah pada 2014.

Situasi terbabit didedahkan Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman ketika dia berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan berkenaan, dia mengangkat kedua-dua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.

“Ketika sepanjang kejohanan itu, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi. Memburukkan lagi keadaan ketika itu adalah di bulan Ramadan. Bulan suci umat Islam.

“Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan. Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.

“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula.

“Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara berkenaan secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai ‘freedom of speech’ dan juga ‘humanitarian support’,” kata Azizulhasni menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Azizulhasni meminta kepada semua untuk terus memberi sokongan kepada saudara Islam di Palestin.

“Ada pelbagai cara dan pelbagai ruang untuk membantu mereka di sana. Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.

“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here