Pak Lah Dirawat Di IJN, Kata KJ

0
21
Foto: Kosmo

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam setelah mengalami ‘small spontaneous pneumothorax’.

Perkara itu dikongsi menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi instagramnya.

Beliau turut memaklumkan Bekas Perdana Menteri itu berada dalam keadaan stabil dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari, (CCU) IJN untuk pemantauan lanjut oleh doktor.

Katanya Tun Abdullah disarankan untuk berehat secukupnya.

Khairy juga mengucapkan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang disampaikan pelbagai pihak.

Buat masa ini pihak IJN menasihatkan agar tiada pelawat dibenar menziarahi Tun Abdullah.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here