Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAPak Cik Baju Hijau Yang Dituduh Terlibat Kes Zayn Rayyan Tidak Bersalah

Pak Cik Baju Hijau Yang Dituduh Terlibat Kes Zayn Rayyan Tidak Bersalah

PETALING JAYA – Seorang lelaki berbaju hijau yang terlibat dalam misi pencarian Zayn Rayyan beberapa hari lalu menjadi bualan hangat kerana dilihat berpatah balik dari arah sungai manakala yang lain bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Kosmo, menerusi penjelasan yang dimuat naik oleh Mama Adel di TikTok, sewaktu mayat arwah Zayn Rayyan ditemui, lelaki itu turut bersama dengan suaminya mengetuk rumah penduduk di Apartmen Idaman.

“Semasa mereka dapat tahu mayat sudah ditemui, pak cik baju hijau dan orang ramai yang berdekatan berlari turun. Boleh dikatakan mereka yang terawal pergi tengok mayat arwah masa itu.

“Dah siap tengok, pak cik itu pun nak naik ke atas sebab waktu itu keadaan sangat sesak dan polis minta semua beredar,” katanya.

Dia memberi penjelasan tentang situasi pak cik berbaju hijau itu kerana pelbagai tuduhan telah dilemparkan sehingga menimbulkan fitnah.

“Mereka ketuk pintu rumah di blok S jadi agak dekat jarak nak berlari turun ke tempat kejadian. Yang lain-lain tu baru nak pergi tengok, tapi pak cik baju hijau itu dah tengok awal dan dalam perjalanan naik atau mungkin dia sakit perut wallahualam.

“Tapi seeloknya kita serahkan pada pihak polis sahajalah yang siasat kes ini, takut bila kita bercakap dan taip berlebihan boleh jatuh fitnah, susah pula nak merangkak minta maaf disana nanti,” jelasnya.

Di ruangan komen, ramai yang memberi amaran supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia akan menjejaskan siasatan pihak berkuasa.

“Selagi pihak polis tidak keluarkan sebarang kenyataan, jangan pandai menuding jari tuduh sembarangan orang,” komen Tihah.

“Pak cik hijau itu niat nak tolong, tapi netizen tuduh dia macam-macam. Kesian dia,” luah Zarin.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Pelajar SMK Batu Kikir Diserang Histeria, 165 Penghuni Asrama Diberi...

0
JEMPOL - "Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria," kata ibu kepada dua pelajar Sekolah...

CATEGORIES