Sunday, January 26, 2025
HomeBERITAPahang Gerak Misi Bantuan Pasca Banjir Ke Kelantan

Pahang Gerak Misi Bantuan Pasca Banjir Ke Kelantan

KUANTAN – Kerajaan Pahang menggerakkan misi bantuan pasca banjir sukarelawan Pahang ke Kelantan sebagai komitmen terhadap usaha kemanusiaan dan tanggungjawab sosial.

Setiausaha kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata,misi ini akan digerakkan pada Khamis dan difokuskan ke Jajahan Tumpat, Kelantan.

“Seramai 400 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan jabatan negeri, badan berkanun, MajlIs Tindakan Sosial Pahang (MTSP) dan S-GLC yang ditugaskan untuk membantu kawasan terkesan akibat banjir.

“Tumpuan akan diberikan kepada usaha pembersihan rumah dan sekolah yang terjejas, serta pengagihan bantuan kepada komuniti yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terkesan.

Tambahnya, kesungguhan kerajaan Pahang dalam membantu komuniti yang terjejas, terutamanya dalam menghadapi impak bencana ini dilaksanakan melalui kerjasama dan sokongan semua pihak.

“Kita menyeru semua pihak untuk bersama-sama menyokong inisiatif murni ini demi kesejahteraan bersama,” ujarnya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES