Pelajar PHD Sanggup Jadi ‘Cleaner’ Demi Duit Tambahan

0
79
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD), di Universiti Bristol meraih pujian ramai berikutan sanggup membuat pekerjaan sampingan sebagai tukang cuci.

Berkongsi video sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah rumah di TikTok @NINN, pelajar yang dikenali sebagai Izzah itu kelihatan tidak kekok melakukan tugas berkenaan.

Menerusi ruangan komen Izzah memaklumkan, dia memilih untuk melakukan kerja sampingan itu untuk mencari pendapatan tambahan.

“Sebenarnya saya ada masa lapang sikit lepas siap tulis tesis dan kertas jurnal. Lagi beberapa bulan nak balik Malaysia dah, saja cari ‘extra income’,” kongsinya.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata berbangga dengan dirinya yang bijak mencari peluang.

“Bagus bermula macam ni. Nanti bila dah jadi ‘seseorang’, awak ada empati dan simpati tinggi pada orang lain. Ramai akan sayang, doakan awak,” kata @dahlia.

“Pensyarah saya pun macam ni. Sekarang sumpah dia merendah diri gila walaupun ada PhD,” ujar @cunaaa

“Saya tak cemburu dengan orang yang kaya atau cantik. Tapi saya cemburu dengan orang yang berpelajaran tinggi,” puji seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here