Padah Rakam Wanita Mandi, Lelaki Diikat Pada Tiang Elektrik

0
75

NEW DELHI – Seorang lelaki yang disyaki merakam wanita mandi diikat pada sebatang tiang elektrik sebelum dia dipukul oleh penduduk tempatan dalam kejadian di daerah Hubballi, negeri Karnataka, lapor portal berita Indian Today semalam.

Lelaki yang merupakan pekerjaan pembinaan itu meletakkan telefon bimbit di tingkap  bilik air  jirannya. Dia ditangkap ketika merakam video wanita itu mandi kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa yang sedang mandi, menjerit apabila menyedari diirinya diintai.

Jeritan itu menyebabkan penduduk berdekatan bergegas ke lokasi kejadian dan menangkap lelaki berkenaan. Mereka mengikatnya pada sebatang tiang elektrik sebelum memukul suspek.

Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis di Hubballi.

Polis masih menyiasat kejadian itu.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here