Orang Ramai Sekitar Lokasi Kejadian Akan Mengganggu Bahan Bukti

0
75
Foto: Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kehadiran lebih ramai orang boleh merumitkan siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mencari bahan bukti di lokasi kejadian pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ini kerana, menurut Pensyarah Kanan Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Prof Madya Dr Geshina Ayu Mat Saat setiap individu yang melalui lokasi berkenaan akan meninggalkan kesan yang boleh mengganggu bahan bukti.

“Kadang-kadang, penduduk yang tinggal di kawasan itu buang puntung rokok sebagai contoh. Kadang-kadang ada yang tinggalkan rambut yang gugur, dan sebagainya.

“Itu boleh mengkaburkan keadaan. Memang tidak diragui, mangsa di situ mungkin meninggalkan kesan juga, jadi, kita kena asingkan yang itu.

“Pemangsa, iaitu pelaku dalam kes ini, juga akan meninggalkan kesan, jadi keadaan itu akan jadi sedikit overlapping dengan individu-individu yang berada di situ.

“Jadi pihak polis kena tolak kesemua bahan-bahan yang tidak diperlukan. Bukan sahaja polis, tetapi pihak Jabatan Kimia juga, bekerja keras mengenai perkara ini,” katanya dalam program Pantau Agenda Reformasi pada Isnin.

Tambah beliau, terdapat juga elemen yang perlu diambil kira daripada perspektif pelaku, ahli keluarga, saksi, bukti bahan digital dan laini-lain.

Tambah Geshina, keadaan cuaca turut memainkan peranan memandangkan setiap bahan bukti mempunyai jangka hayat tersendiri.

“Asingkan diri biar pihak PDRM jalankan kerja mereka. Kalau kita lihat, pelbagai anggota polis berada di situ. Ini pun akan mengambil kira satu elemen yang perlu kita pertikaikan, iaitu berapa tepat, berapa hebat, elok atau tak elok bahan yang dikumpulkan itu.

“Ramai orang mungkin berpendapat hanya diperlukan adalah seperti finger print. Bukan itu sahaja ya. Ia ada pelbagai. Sebagai contoh, peluh, rambut, cebisan kain baju, kesan kuku si mangsa, termasuk penggunaan bahan bukti digital,” katanya.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here