Orang Ramai Diminta Berwaspada, Hubungi TNB Jika Berlaku Banjir

0
61
Foto: Harian Metro

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekiranya kediaman atau premis perniagaan mereka dinaiki air pada paras berbahaya supaya bekalan elektrik dapat dihentikan.

Pemangku Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Wan Seri Rahayu Wan Mohamad Said berkata, pihaknya akan memutuskan bekalan elektrik ke kawasan terbabit untuk sementara waktu demi keselamatan.

Menurutnya, bekalan elektrik akan dipulihkan semula setelah air surut dan keadaan kembali selamat.

“Semasa banjir pula, sila pastikan suis utama ditutup untuk mengelak renjatan, tidak memasuki kawasan yang telah dinaiki air, tidak mendekati atau menyentuh pepasangan TNB,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Seri Rahayu.

Tambahnya, orang ramai diminta untuk sentiasa mengikuti dan peka terhadap maklumat, nasihat, ramalan cuaca, serta amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MET).

“Pastikan powerbank dicas lebih awal bagi memudahkan urusan komunikasi.

“Pengguna digalakkan untuk menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB Careline jika terdapat pepasangan TNB yang terputus atau tumbang bagi tindakan segera demi keselamatan awam,” ujarnya.

Panduan keselamatan elektrik ketika dan selepas banjir.

Dalam pada itu katanya, TNB telah bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana banjir yang dijangka bermula hari ini hingga Mac 2024.

Jelasnya, persiapan itu bagi memastikan pengurusan bekalan tenaga elektrik teratur dan berkesan selain meminimumkan kerosakan pepasangan demi menjaga keselamatan orang awam.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here