Orang Lain Hutang Along, Jiran Pula Jadi Mangsa Simbah Cat Merah

0
116

Gombak: Penduduk di sebuah kawasan perumahan di sekitar daerah ini dikejutkan dengan cat berwarna merah pada beberapa kereta milik mereka disyaki akibat disimbah oleh ‘Along’.

Kejadian itu dikongsi oleh seorang pengguna laman X (dulunya Twitter) mendakwa kejadian itu berlaku kepada rakannya yang tinggal di sebuah kawasan perumahan di sini, pagi hari ini.

Suspek turut meninggal nota ugutan meminta penduduk memaksa salah seorang jiran mereka supaya segera membayar hutang sebelum diapa-apakan dengan tindakan lebih drastik.

“Notis buat korang sebab jiran punya hutang sama kami tapi tak mahu bayar, korang sebagai jirannya suruh (pemilik) rumah itu call (telefon) kami dan settle (selesai) hutang jika tak korang juga ikut sama.

“Jangan cabar saya untuk bakar rumah ini suruh jiran korang settle kan (selesaikan) secepatnya, jika tidak faham-fahamlah apa yang akan saya buat nanti,” katanya dalam nota ugutan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here