Atas Angin MY dengan bangganya mempersembahkan Only Jiwang Jiwang Club Tour 2025, sebuah jelajah muzik yang diraikan di seluruh negara untuk menghidupkan kembali era gemilang lagu-lagu jiwang yang penuh emosi dan menyentuh hati. Jelajah ini menjanjikan pengalaman luar biasa untuk peminat genre “jiwang” dengan gabungan melodi abadi dan lirik mendalam yang telah membentuk memori generasi.
Only Jiwang Jiwang Club Tour 2025 akan menampilkan beberapa kumpulan muzik tempatan yang akan mempersembahkan semula lagu-lagu jiwang yang telah lama menjadi lambang cinta, kerinduan, dan kekecewaan. Dari balada klasik yang menyentuh hati hingga adaptasi baru lagu-lagu legenda, konsert ini menjanjikan pengalaman tidak terlupakan bagi peminat pelbagai generasi.
Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan termasuklah Julia, Kejora, Musafir Rindu, Tiara, Teratai, Juwita, Akulah Kekasihmu, Suratan Atau Kebetulan, Sejati, Hatiku Kau Guris Luka, Bourgenvilla, Tiada Lagi, Permaisuri, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Hatiku Luka Lagi, Bila Cinta Didusta, Titian Perjalanan, Rahsia Pohon Cemara, dan banyak lagi.
Pengarah Projek Only Jiwang Jiwang Club Tour 2025, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam menyatakan, “Only Jiwang Jiwang Club Tour 2025 bukan sekadar sebuah jelajah konsert, ia adalah satu perayaan lagu-lagu dan emosi yang telah menyatukan rakyat Malaysia sejak dahulu. Kami sangat teruja untuk membawa pengalaman ini ke bandar-bandar di seluruh negara dan berkongsi keindahan ‘jiwang’ dengan para peminat.”
Jualan tiket kini telah dibuka dan kepada yang masih belum mendapatkan tiket, boleh dapatkan di laman sesawang www.atasangin.com dengan harga serendah RM55 bagi tiket solo (1x), RM100 bagi tiket duo (2x).