Saturday, June 15, 2024
HomeBERITANyamuk Aedes Juga Boleh Dijangkiti Demam Denggi

Nyamuk Aedes Juga Boleh Dijangkiti Demam Denggi

PETALING JAYA – Nyamuk aedes juga berpotensi untuk mendapat jangkitan daripada manusia yang dijangkiti denggi dan kemudian menyebarkannya kepada manusia lain.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM) menerusi laman Facebooknya, nyamuk aedes ada di kampung, tetapi nyamuk tersebut bebas daripada virus denggi.

“Apabila individu yang dijangkiti pulang ke kampung, nyamuk di kampung boleh dijangkiti apabila menggigit pesakit denggi,” katanya.

Sementara itu, dalam perkongsian sama, PHM turut menyarankan orang ramai untuk berehat di rumah jika tidak sihat akibat penyakit berjangkit.

“Kebiasaanya, individu yang dijangkiti virus denggi akan membawa virus dalam darah dalam tempoh (viremia) lima hari.

“Jika anda telah disahkan denggi, berehatlah di rumah, tidak perlu melancong atau pulang ke rumah, gunakan aeresol untuk hapuskan nyamuk, dapatkan rawatan, pakai ubat nyamuk,” jelasnya.

Untuk rekod, jumlah kes denggi pada tahun ini sehingga 16 Disember lalu telah meningkat sebanyak 117,505 kes berbanding 62,060 kes pada 2022.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES