PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish mendedahkan khidmat pengawal peribadi atau ‘bodyguard’ yang diupah sejak tujuh tahun lalu adalah atas saranan suami tersayang, Nedim Nazri Aziz.
Berdasarkan Kosmo, menurut aktres berusia 41 tahun itu, kebimbangan suami yang mementingkan keselamatannya di luar rumah membuatkan dia sedia diiringi ‘bodyguard’ merangkap pemandu peribadi.
“Saya ada ‘bodyguard’ ini sebenarnya sejak berkahwin dengan suami iaitu sekitar tujuh tahun lalu.
“Apabila dia tiada saya kena memandu sendiri tetapi suami pula akan hubungi sepanjang tempoh 24 jam kerana risau.
“Sekarang dia akan menelefon ‘bodyguard’ saya bertanyakan tentang keadaan saya,” katanya ketika tayangan filem Sayu Yang Syukur, di sini semalam.
Selain soal keselamatan Nora atau nama lengkapnya Nor Mohd. Danish Hanif mengakui kehadiran ‘bodyguard’ membuatkan kehidupannya lebih lancar.
“Ini keputusan suami. Kalau saya, sendirian ke mana-mana pun tidak mengapa, lebih baik tetapi saya cuai dan cepat lupa.
“Laluan biasa untuk pergi ke mana-mana juga saya susah ingat sebab selalu leka. Barang pun selalu tertinggal, telefon bimbit entah di mana. Jadi pengawal peribadi dapat bantu banyak benda,” ujarnya.
Menurut Kosmo, dalam perkembangan lain, Nora turut membintangi filem arahan Datuk Aaron Aziz berjudul Sayu Yang Syukur bergandingan dengan Arja Lee, Fairie Khalil dan ramai pelakon hebat lain.
Sayu Yang Syukur mula ditayangkan di pawagam bermula 28 Disember ini di seluruh negara.
Sumber: Kosmo
Hi! Do you know if they make any plugins
to help with Search Engine Optimization? I’m trying to get
my blog to rank for some targeted keywords but I’m
not seeing very good success. If you know of any please share.
Thank you!