KUALA LUMPUR, 9 DISEMBER 2024 – Menyambut tahun baru dengan penuh semangat, Hitman Solutions dan Happymoon mengumumkan konsert pertama mereka untuk tahun 2025 bersama ahli kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter dengan konsert jelajahnya “Who I Am” World Tour, yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 26 Februari 2025. Konsert ini menjanjikan malam penuh nostalgia dan rangkaian lagu pop hits yang tidak boleh dilupakan.
Nick Carter akan kembali ke pentas Malaysia selepas lebih sedekad sejak persembahan terakhirnya di Stadium Negara pada tahun 2015 sempena jelajah In A World Like This bersama Backstreet Boys.
Selepas mengakhiri konsert jelajah tahun lalu bersama ahli-ahli kumpulannya, Nick Carter kembali dengan penuh semangat pada tahun 2023 melalui jelajah solo “Who I Am”. Jelajah ini turut disertai dengan pelancaran tiga single terbaharu iaitu”Superman,” “Made For Us,” dan “Never Break My Heart (Not Again).” Peminat boleh menantikan lagu-lagu daripada muzik solonya, Backstreet Boys, serta karya kegemaran peribadi Nick Carter.
Rohit Rampal, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Group dan Kesavan Purusotman (KC), Pengarah Urusan Happymoon berkongsi, “Sepanjang tahun 2024, kami telah menerokai pelbagai genre muzik bersama artis antarabangsa dan tahun ini—kami ingin membawa seorang ikon pop yang bukan sahaja mendefinisikan satu genre, tetapi juga keseluruhan era. Nick Carter adalah pilihan tepat dengan kejayaan jelajah dunia solonya dan kerjayanya sebagai salah seorang ahli kumpulan Backstreet Boys. Kami sangat teruja untuk membawa pengalaman ini kepada peminat di Malaysia, terutamanya millennials yang telah menantikan kepulangannya sejak tahun 2015.”
Kerjaya Nick Carter yang menjangkaui lebih tiga dekad, dipenuhi dengan konsert-konsert ‘sold-out’, serta penglibatannya dalam bidang televisyen, filem,kerja amal, dan penerbitan. Sebagai artis solo, album debutnya pada tahun 2002, Now or Never, menerima pengiktirafan ’emas’ di Amerika Syarikat, Jepun, dan Kanada. Bersama Backstreet Boys, Carter memegang gelaran sebagai sebahagian daripada kumpulan boyband paling laris dalam sejarah.
“Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik; ia adalah peluang untuk peminat merealisasikan semula impian zaman remaja mereka dengan menyanyikan lagu-lagu ikonik seperti “Everybody”, “I Want It That Way”, “As Long As You Love Me”, dan banyak lagi.
Jelajah dunia “Who I Am” ini menyerlahkan keunikan muzik Nick Carter, sambil meraikan lagu-lagu yang telah membentuk generasi,” tambah Rohit Rampal dan KC.
Setelah menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Selatan dan Amerika Utara, Nick Carter kini bersedia untuk memukau peminat di Asia. “Kami berbesar hati untuk mencipta sebuah malam penuh nostalgia pop 90-an sambil menyediakan pentas bagi persembahan bertenaga Nick Carter,” ujar kedua-dua penganjur.
Jualan tiket untuk Nick Carter: “Who I Am” di Malaysia pada tahun 2025 bermula dengan Pra-Jualan Nick Carter Fan Club tiket pada 10 Disember 2024 mulai jam 12 tengah hari, manakala Jualan Tiket Umum akan bermula pada 12 Disember 2024 dari jam 12 tengah hari melalui laman web rasmi www.hitmanlive.com. Kategori tiket utama adalah seperti berikut: CAT 1 (PREMIUM SEATS) – RM448, CAT 2 (NORMAL SEATS) – RM348, and ROCKZONE (FREE STANDING) – RM248.
Peminat yang ingin tingkatkan pengalaman konsert dengan VIP BOX (RM8,888 – 10 orang sahaja). Tempahan boleh dibuat melalui +6012-265 5783. Untuk sebarang pertanyaan mengenai NICK CARTER: “WHO I AM” Malaysia, sila hubungi kami di +6012-265 5783.