Niat Mahu Hadir Kuliah UAI Berakhir Dengan Kemalangan Maut

1
55
Foto: Kosmo

KEMAMAN – Hasrat seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ untuk menghadiri kuliah agama penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Kuantan, Pahang tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 261.7. Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Perasing di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 9 malam itu, mangsa, Mohd. Rasis Ismail, 42, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, lelaki itu dikatakan berkonvoi bersama lima penunggang motosikal Yamaha RXZ lain untuk menghadiri kuliah agama UAI dari Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha RXZ mangsa dikatakan telah terlanggar sebiji tayar gantian sebuah treler yang berada di tengah lebuh raya.

“Impaknya, mangsa telah tercampak jatuh kira-kira 10 meter dari motosikalnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, siasatan awal mendapati tayar gantian itu tercampak keluar dari sebuah treler membawa muatan kenderaan yang turut melalui lebuh raya berkenaan sebelum itu.

Tambah beliau, pemandu treler tersebut berusia 44 tahun yang menyedarinya telah memberhentikan kenderaan beratnya di tepi jalan untuk mengutip tayar gantian terbabit.

“Sebelum sempat dia mengambil, mangsa yang tidak perasan kerana laluan itu agak gelap telah terlanggar tayar tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here