Tuesday, September 10, 2024
HomeBERITANiat Ingin Buang Santau, Tetapi Dirogol Bomoh Sehingga Hamil

Niat Ingin Buang Santau, Tetapi Dirogol Bomoh Sehingga Hamil

MUAR: Hasrat mendapatkan rawatan bagi membuang santau, menyebabkan seorang remaja melalui mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol seorang bomoh hingga hamil dalam kejadian di rumahnya, lokasi terpencil di daerah ini, pada akhir lalu dan tahun ini.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu, berlaku pada November 2022 dan April lalu.

Beliau berkata, semua kejadian berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan dengan suspek berusia 50 tahun, lapor Berita Harian.

“Pelajar berkenaan memaklumkan dia dirogol ketika proses perubatan dilakukan. Pada 27 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima satu laporan kejadian itu.

“Mengikut keluarganya, mereka mahu mendapatkan rawatan kerana mangsa dan sekeluarga sering sakit dipercayai terkena santau.

“Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September lalu, selain tidak didatangi haid,” katanya.

Katanya lagi, mangsa memberitahu kejadian itu pada ibunya dan membawa pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan mengandung, jelas Berita Harian lagi.

“Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cinta Di Bangku Sekolah, Pengetua Kahwin Anak Murid

0
JAKARTA – Sepasang suami isteri di Cirebon, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsikan kisah cinta mereka yang bermula daripada hubungan...

CATEGORIES