Netizen Sedih, Bapa Bawa Empat Anak Naik Motosikal Dari Johor Ke Perlis

0
63
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Sekeping gambar menunjukkan seorang bapa bersama empat orang anaknya membonceng sebuah motosikal dalam perjalanan dari Johor ke Perlis tular di media sosial hari ini.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @muhammadhamdibinradhi, dia yang dalam perjalanan menuju ke Singapura terserempak dengan lima beranak tersebut yang kebingungan mencari arah tol untuk balik ke Perlis.

“Doakan abang ni dan anak-anaknya selamat sampai ke Perlis. Saya jumpa dia di tengah bandar raya Melaka dalam kebingungan mencari arah tol untuk balik ke Perlis,” katanya.

Lelaki tersebut yang dalam perjalanan menuju tol keluar ke Johor, membantu bapa empat anak itu sebelum mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.

Meninjau ke ruangan komen, ada pengguna yang mengaku mengenali keluarga tersebut dan pernah terserempak dengan mereka.

“Abang ini dengan anak-anak dia dah selamat sampai perlis, malam tu saya ada jumpa dia tengah makan malam di kedai,” komen Mijie.

“Nama dia Cik Lan, dulu duduk di Johor Bharu selalu jual nasi lemak naik motosikal bawa anak dia dua orang, dia jual nasi lemak sekitar Stulang, sekarang saya tak pasti sama ada dia dah pindah Perlis atau tak,” komen Mohd. Taufiq.

“Aku pernah jumpa abang ni dari Sungai Besi nak ke Johor tengah pagi. Jam 3 pagi, nak ke Johor. Dapat bantu sikit masa tu, kesian anak-anak kena hujan, tapi anak-anak tetap gembira main dekat pam petrol,” komen Yazzid Jalil.

“Sama saya pernah jumpa di Rembau pukul 12 malam, terkejut lepas itu tanya hotel dekat mana sebab dia nak balik Johor Bharu, mata tak nampak nak bawa motosikal malam. Sampai sekarang terkilan,” komen Maslinda Khamis. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here