Sunday, May 19, 2024
HomeVIRALNetizen Meluat Alasan Syamimia Tak Kongsi Tentang Palestin

Netizen Meluat Alasan Syamimia Tak Kongsi Tentang Palestin

DAPAT dilihat konflik Israel-Palestin yang sedang tercetus ketika ini, ramai selebriti dan influencer memberanikan diri menyatakan solidariti masing-masing.

Namun, ada juga yang lebih selesa mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruh mereka berkongsi tentang isu ini di media sosial.

Menurut Lobak Merah, perkara itu telah mengundang sindiran dan kritikan segelintir masyarakat kerana dilihat seolah-olah takut karier mereka musnah.

Seorang influencer media sosial turut tidak terkecuali disoal netizen apabila dia tidak berkongsi mengenai isu ini di platform media sosialnya.

Influencer yang dikenali sebagai Syamimia baru-baru ini memuat naik sebuah video di TikTok bagi menjawab komen seorang pengikut yang meminta untuk menggunakan platform media sosialnya menyuarakan mengenai isu Palestin.

Menurut Syamimia, dia berhasrat untuk memberi sumbangan seperti pempengaruh yang mempunyai nama besar tetapi buat masa ini dia hanya mampu berdoa.

Tambahnya, dia kini lebih fokus kepada keperluan keluarga dan mahu membuat kebaikan dengan secara menyeluruh, bukannya dengan mengikut isu tertentu.

“Tidak berkongsi tidak bermaksud tidak mengambil tahu, tidak tahu, jahil atau tidak sayang. Kita semua ada rahsia, hanya tuhan saja yang tahu.

“Sama-samalah perbaiki diri kita, sokong mana yang benar dan sumbangkan doa. Jika ada rezeki lebih, salurkan sumbangan kepada tabung-tabung yang sahih,” ujarnya.

Bagaimanapun, netizen tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan kerana dianggap tidak berani menyatakan sokongan terhadap Palestin secara terang-terangan.

Namun, Syamimia tetap dengan pendiriannya dan menegur agar netizen tidak membuat sebarang andaian kerana tidak semua perkara perlu dikongsi di media sosial.

Apa pula pendapat korang?

Sumber: Lobak Merah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES