Netizen Keliru, Hampir Samakan Aizat Amdan Dengan Sam Smith?

0
204
Foto: Beautifulnara

Kuala Lumpur: Penampilan terbaharu penyanyi, Aizat Amdan atau Ai.Z nampaknya menuai komen dan kritikan daripada netizen.

Penampilannya ketika muncul membuat persembahan di Konsert Yunaverse feat Ai.Z di Kuala Lumpur semalam, disamakan dengan penyanyi Inggeris, Sam Smith.

Tampil berbaju ala blaus rona biru yang digayakan dengan seluar pendek paras lutu rona perak membuatkan ramai netizen meluahkan rasa terkejut di media sosial.

Lebih menarik perhatian adalah bahagian pinggang yang dilihat umpama tali pinggang atlet gusti, juga berwarna perak di bahagian lehernya, Aizat dengan berani mengenakan aksesori pelbagai rantai.

“Nak promosikan ‘girdle’ baharu atau bagaimana?” tulis satu netizen.

“Sam Smith Malaysia!” tulis satu netizen lain.

“Kenapa Aizat Amdan jadi begini? Apa yang berlaku?” soal satu netizen.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here