SEOLAH-OLAH mengesahkan tidak lagi bertudung selepas tayang rambut merah pada Oktober lalu, kelibat pelakon Aprena Manrose ketika berada di lapangan terbang sekali lagi mencuri perhatian.
Foto beramai-ramai yang memperlihatkan pelakon berusia 31 tahun itu mengenakan topi dikongsikan hos, Nadiyah Shabab sebelum mereka berlepas ke Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
Selain pelakon dan pengacara terbabit, rombongan percutian itu turut disertai saudara serta rakan terdekat mereka termasuk Nelydia Senrose.
ata-rata peminat yang meninggalkan komen berharap anak kepada penyanyi Iwan itu dapat kembali dengan penampilan berhijab.
Bahkan, ada dalam kalangan peminat bergurau agar orang ramai menyelamatkan kakak kepada Aprena iaitu Oktovia yang hingga kini masih kekal memakai tudung.
Apa pun kita doakan semoga hati Aprena dan kita semua ditetapkan Allah
Sumber – KOSMO! ONLINE