Saturday, October 12, 2024
HomeLUAR NEGARANATO Kehabisan Senjata, Ukraine Gusar

NATO Kehabisan Senjata, Ukraine Gusar

WARSAW, Poland – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memberi amaran bahawa Barat semakin kehabisan senjata untuk dibekalkan kepada Ukraine sebagai pertahanan untuk menangkis serangan Russia, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Berdasarkan Kosmo, pegawai tentera paling kanan NATO, Laksamana Rob Baure ketika Forum Keselamatan Warsaw di Poland berkata, stok bekalan senjata semakin kritikal, manakala kerajaan dan firma pengeluar senjata pertahanan kini terpaksa meningkatkan pengeluaran dalam kadar lebih tinggi.

Ukraine menembak beribu-ribu peluru setiap hari dalam peperangan dengan kebanyakannya dibekalkan oleh NATO.

Baure yang mempengerusikan Jawatankuasa Ketenteraan NATO berkata, kekurangan pelaburan pertahanan selama beberapa dekad bermaksud pakatan ketenteraan itu perlu membekalkan Ukraine dengan senjata ketika bekalan di gudang simpanan peralatan mereka tinggal separuh atau kosong.

“Kita memerlukan jumlah yang besar (senjata),” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Britain, James Heappey menggesa sekutu-sekutu NATO agar membelanjakan dua peratus daripada perbelanjaan negara mereka untuk pertahanan seperti yang telah dijanjikan selepas stok senjata pakatan itu semakin berkurang.

“Kita tidak boleh berhenti (bekalkan senjata) hanya kerana stok kelihatan agak sedikit. Kita perlu mengekalkan Ukraine dalam peperangan ini.

“Masalahnya adalah tidak semua anggota NATO membelanjakan dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka untuk pertahanan. Itu sepatutnya menjadi asas untuk perbelanjaan pertahanan kita,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES